Tampilkan postingan dengan label VIDEO. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label VIDEO. Tampilkan semua postingan

Jumat, 29 November 2013

Dengar baik-baik, Hukum Sujud Lama Ketika Solat Berjemaah - Ustaz Azhar Idrus


Kalau nak sujud lama boleh, tapi bila solat bersendirian. -Ustaz Azhar Idrus

"Solatnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam antara rukuknya, i'tidalnya, sujudnya, duduk diantara dua sujud, lamanya hampir sama." [HR. Bukhari dan Muslim].

Kenapa Disebut Dajjal al-Masih? - Ustaz Azhar Idrus

Dajjal selalu menunaikan tugasnya atas nama “al-Masih”, yang julukan ini diberikan oleh Allah kepada nabi ‘Isa berdasarkan wahyu-Nya. Diberikannya julukan al-Masih kepada Dajjal menunjukkan, bahawa Dajjal akan menunaikan pekerjaan atas nama insan suci ini, dan inilah sebenarnya yang menyebabkan dia disebut Dajjal atau penipu, kerana ia menggunakan nama “al-Masih”, seorang Nabi dan hamba Allah yang tulus, tetapi ia berbuat sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ajaran baginda.

Jumat, 08 November 2013

Hukum sapu muka selepas salam - Ustaz Azhar Idrus



Definasi Syarat Solat: Perkara-perkara diluar solat yang membuat solat tidak sah tanpa perkara-perkara itu.

Dengan kata lain, syarat solat adalah persiapan yang dilakukan sebelum solat berkenaan dengan waktu, tempat dan kesucian.

Syarat-syarat solat (8 perkara):

1) Islam
2) Berakal sihat
3) Mumayyiz (mampu membezakan antara baik dan buruk)
4) Masuk waktu solat
5) Suci daripada hadas
6) Suci daripada najis
7) Menutup aurat
8) Menghadap kiblat

Definasi Rukun Solat: Rukun ialah bahagian yang dengannya tertegaklah sesuatu. Rukun solat tidak boleh ditinggalkan sama ada sengaja atau tidak sengaja. Apabila salah satu rukun ditinggalkan, solat itu tidak sah (batal).

Rukun Solat (13 perkara):
1) Berdiri tegak bagi yang mampu
2) Takbiratul Ihram
3) Membaca al-fatihah pada setiap rakaat
4) Rukuk
5) Iktidal
6) Sujud di atas tujuh anggota sujud
7) Duduk diantara dua sujud
8) Tamakninah dalam setiap rukun solat
9) Tasyahud akhir
10) Duduk tasyahud akhir
11) Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
12) Mengucap salam
13) Tertib

Senin, 28 Oktober 2013

Ust Azhar Idrus - cocok biar keluar darah,nampak tak kesesatan?

Benorkah mazhab yang dianuti penganut Syiah seperti di Iran telah terkeluar daripada ajaran Islam dimana dakwaan setengah pihok (pihak) dan kenapa sering berlaku permusuhan antara pengikut sunnah dan sunni dengan syiah seperti berlaku di Pakistan, adakah ini satu konspirasi barat untuk pecahkan belah umat Islam?

Sejarah Syiah ini pun daripada orang yahudi, fahang?(faham) dia yang menyerapkan racun-racun syiah sehingga terbentuknya syiah...pastu orang kate sesat dok (tak) syiah ni? memang sesat...dak, umpamanya banyok (banyak) sangat kesesatan..,diantaranya mereka ini mengkapirkan Saidina Umar dan Abu bakar..dan Aisyah, doh sesat dok lagi?..isteri Nabi dia kata kapir(kafir), sahabat Nabi dia kata kapir(kafir)..dia sesat lah..napok?(nampak)..neh..aa..kemudian dia berpegang maknanya sepatutnya Nabi terakhir Saidina Ali tapi Jibrail saloh(salah) dia beri ke Muhammad..doh molek dok pegangan tu..kemudian Allah suruh kite beristighfar kalau kita banyok(banyak) dosa..dia dok dia tunggu hari karbala hari kematian Saidina Hussein pahtu (lepas itu) ambik rantai ngang (dengan) duri cocok(cucuk) biar tubik daroh (keluar darah) supaya Tuhan ampun dosa..napok(nampak) dok kesesatan? neh..aa jadi malas sebut banyok-banyok, sebab tu syiah bukan daripada Ahli Sunah Waljamaah neh aa... - Ustaz Azhar Idrus

Sabtu, 26 Oktober 2013

Ustaz Azhar Idrus - Ajaran Sesat Qadiani & Syiah

"macam puak-puak ajaran Qadiani, ini ajaran sesat lah ni... pasal dia sebut hukum Islam dalang(dalam)..sebut hal Nabi Muhammad, sebut hal Malaikat, sebut syurga neraka..naa..ni ajaran qadiani..qadiani keluar daripada Islam, kafir laknat..dia buat haji di India, napok(nampak) ada dengan kaabah dia cukup lengkap, ...syiah pun kapir (kafir) jugok (juga) ada haji buat kaabah jugok (juga) neh,..di Iran. naa aaa boleh tengok dalam youtube napok (nampak) boleh tengok dia duk pusing jugok hari-hari,neh..pelik-pelik puak-puak ni..bakpe(kenapa) jadi gitu diperdayakan oleh syaitan...dia tak kira sape-sape..Nabi kabo (beritahu) hok dua tu je yang selamat Al-Quran, hadis..." Ust Azhar Idrus