Tampilkan postingan dengan label HADIS. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label HADIS. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 03 Desember 2016

Himpunan Hadis Nabi SAW Mengenai Keadaan Akhir Zaman Petanda Kiamat


Himpunan Hadis Nabi SAW Mengenai Keadaan Akhir Zaman Petanda Kiamat
Untuk renungan bersama…
Orang Yang Tak Sedarkan Diri
Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka” (HR Muslim)

Ahli Ibadat Yang Jahil Dan Ulama Yang Fasik
Daripada Anas r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah SAW “Akan ada pada akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik ” (HR Ibnu Ady)
[Orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang alim yang fasik]

Menjual Agama Kerana Dunia
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah SWT berfirman kepada mereka “Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung” (HR Tirmizi)

Pendusta Dan Pengkhianat
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya “Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang yang ramai” (HR Ibnu Majah)

Kefasikan Berleluasa
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman pada waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman pada waktu petang, kemudian pada keesokan harinya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit harta benda dunia” (HR Muslim)

Penindasan Terhadap Umat Islam
Daripada Tsauban r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka” Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab “Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih pada masa banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. Seorang sahabat bertanya “Apakah ‘wahan’ itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Cinta dunia dan takut mati” (HR Abu Daud)

Namanya Saja Islam
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Beliau berkata, telah bersabda Rasulullah SAW “Telah hampir tiba suatu zaman, di mana tidak ada lagi dari Islam kecuali hanya namanya, dan tidak ada lagi dari Al-Quran kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Daripada merekalah keluar fitnah, dan kepada mereka jua fitnah itu akan kembali ” (HR Al-Baihaqi)

Budaya Barat Ikutan Umat Islam Kini
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. Beliau berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak sekalipun kamu akan mengikut mereka” Sahabat bertanya “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang Tuan maksudkan?” Nabi SAW menjawab “Siapa lagi?” (HR Muslim)

Ulama Tidak Dipedulikan
Daripada Sahl bin Saad as-Sa ‘idi r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Ya Allah! Janganlah Engkau menemukan aku dan mudah-mudahan kamu juga tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama sudah tidak diikuti lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak dihiraukan lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam, lidah mereka seperti lidah orang Arab” (HR Ahmad)

Ulama Agama Semakin Berkurang
Daripada Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Bahawasanya Allah SWT tidak akan mencabut (menghilangkan) ilmu dengan sekali gus daripada manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu agama dengan mematikan para ulama. Apabila telah ditiadakan para ulama, orang banyak akan memilih orang-orang jahil sebagai pemimpinnya. Apabila pemimpin yang jahil itu ditanyakan, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain” (HR Muslim)

Golongan Anti Hadis
Daripada Miqdam bin Ma’dikariba r.a. Beliau berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Hampir tiba suatu zaman di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas kursi kemegahannya, lalu disampaikan kepadanya sebuah hadis dari hadisku maka dia berkata “Pegangan kami dan kamu hanyalah kitab Allah sahaja. Apa yang dihalalkan oleh Al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan” (Kemudian Nabi SAW melanjutkan sabdanya) “Padahal apa yang diharamkan Rasulullah SAW itu samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan Allah SWT” (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)

Berbangga-Bangga Dengan Masjid
Dari Anas bin Malik r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Tidak terjadi hari Kiamat sehingga umatku bermegah-megah dengan bangunan masjid” (HR Abu Daud)

Tak Ada Imam Untuk Solat Berjemaah
Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Akan datang suatu zaman, pada waktu itu orang banyak berdiri tegak beberapa lama, kerana mereka tidak mendapatkan orang yang dapat mengimami mereka solat” (HR Ibnu Majah)

Penyakit Umat Islam Masa Kini
Daripada Abu Hurairah r.a. Katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Umatku akan ditimpa penyakit -penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu” Sahabat bertanya “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi SAW menjawab “Penyakit-penyakit itu adalah, 1.Terlalu sombong, 2.Terlalu mewah, 3.Mengumpulkan harta sebanyak mungkin, 4.Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, 5.Saling memarahi, 6.Dengki-mendengki sehingga menjadi zalim menzalimi” (HR Hakim)

Perangkap Riba
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang pun kecuali dia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau dia tidak memakannya secara langsung, dia akan terkena debunya” (HR Ibnu Majah)

Manusia Tak Peduli Mengenai Sumber Pendapatannya
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah saw, “Akan datang suatu zaman seseorang tidak mempedulikan daripada mana dia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram” (Riwayat Muslim)

Banyaknya Sumber Galian
Daripada Ibnu Omar r.a. Beliau berkata “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah SAW sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari lombong (galian) mereka. Maka sahabat berkata “Wahai Rasulullah! Emas ini adalah hasil galian kita” Lalu Nabi SAW menjawab “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat ” (HR Baihaqi)

Khamar
Daripada Abu Malik Al-Asy’ari r.a. Katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya akan ada sebahagian dari umatku yang meminum khamar dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. Sambil diiringi dengan alunan muzik dan suara biduanita. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi dan Allah SWT akan mengubah mereka menjadi kera atau babi” (HR Ibnu Majah)

Banyaknya Perzinaan
Dari Anas r.a. Beliau berkata “Aku akan menceritakan kepada kamu sebuah Hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, banyak perzinaan, banyak kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nanti seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan” (HR Bukhari Muslim)

Berpakaian Tetapi Telanjang
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda ”Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka, keduanya belum pernah aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cambuk bagaikan ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, lenggang-lenggok sewaktu berjalan, mengayun-ayunkan bahu. Kepala mereka bagaikan bonggol (belakang unta). Kedua golongan ini tidak akan masuk syurga, malah tidak akan dapat mencium bau harumnya. Sesungguhnya keharuman syurga itu akan terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh (HR Muslim)

Perilaku Manusia Masa Kini
Dari Aisyah r.a. Dia berkata “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga seorang anak menjadi sebab kemarahan (bagi ibu bapanya), hujan akan menjadi panas, akan bertambah banyak orang yang tercela dan akan berkurang orang yang baik, anak-anak menjadi berani melawan orang tua, dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik” (HR Thabrani)

Anak Menjadi Tuan Kepada Ibunya
Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), …kemudian Jibrail bertanya kepada Rasulullah SAW ” Maka khabarkan kepadaku tentang hari kiamat?” Lalu Nabi SAW menjawab, “Orang yang ditanya tidak lebih mengetahui daripada orang yang bertanya” Maka Jibrail berkata “Kalau begitu cuba khabarkan kepadaku tanda-tandanya” maka Nabi SAW menjawab “Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya menggembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan” (Riwayat Muslim)

Peperangan Demi Peperangan
Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda “Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga harta benda melimpah ruah dan timbul banyak fitnah dan sering terjadi “al-Harj”. Sahabat bertanya “Apakah al-Harj itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Peperangan, peperangan, peperangan” Beliau mengucapkannya tiga kali. (HR Ibnu Majah)

Perang Di Sekitar Sungai Furat (Iraq) Kerana Berebut Kekayaan
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Tidak terjadi hari kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates, Iraq) menjadi surut airnya sehingga kelihatan sebuah gunung dari emas. Banyak orang yang terbunuh kerana merebutnya. Maka terbunuhlah sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata “Mudah-mudahan akulah orang yang selamat itu” Di dalam riwayat lain disebutkan “Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu kelihatan perbendaharaan dari emas, maka siapa sahaja yang hadir di situ janganlah dia mengambil sesuatu pun dari harta tersebut” (HR Bukhari Muslim)
[Terdapat sebahagian pihak yang menyatakan bahawa perkataan emas di dalam Hadis ini sebenarnya petroleum ]

Waktu Terasa Pendek
Daripada Anas bin Malik r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Tidak akan terjadi kiamat sehingga waktu terasa pendek, maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu kilatan api” (HR Tirmizi)

Hilangnya Sifat Amanah
Daripada Huzaifah bin Al-Yaman r.a. Katanya, …”Kemudian jadilah orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada seorang pun yang suka menunaikan amanah, sehingga dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan “Alangkah tekunnya dia dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi.” (HR Bukhari & Muslim)

Islam Akan Pudar Secara Perlahan-Lahan
Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Islam akan lenyap seperti hilangnya corak pada pakaian, sehingga orang tidak mengerti apakah yang dimaksudkan dengan puasa, apakah yang dimaksudkan dengan solat, apakah yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadah), dan apakah yang dimaksudkan dengan sedekah. Al-Quran akan hilang semuanya pada suatu malam sahaja, maka tidak ada yang tertinggal di permukaan bumi ini darinya walaupun hanya satu ayat. Sesungguhnya yang ada hanya beberapa kelompok manusia, di antaranya orang tua, lelaki dan perempuan. Mereka hanya dapat berkata, Kami sempat menemui nenek moyang kami mengucapkan kalimat LAILAHAILLALLAH, lalu kami pun mengucapkannya juga” (HR Ibnu Majah)

Bilakah Akan Terjadi Kehancuran?
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata “Pada suatu hari ketika Nabi SAW sedang berada dalam suatu majlis dan berbicara dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A’rabi (Arab Badwi) lalu dia bertanya kepada Rasulullah SAW “Bilakah akan terjadi hari Kiamat?” Nabi SAW terus saja berbicara. Sebahagian yang hadir berkata “Beliau (Nabi SAW) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disenanginya” Sementara yang lain berkata “Sesungguhnya beliau tidak mendengar pertanyaan itu” Sehingga apabila Nabi SAW selesai berbicara, beliau bersabda “Di mana orang yang bertanyakan mengenai hari Kiamat tadi?” Lalu Arab Badwi itu menyahut “Ya! Saya wahai Rasulullah” Maka Nabi SAW bersabda “Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari Kiamat” Arab Badwi itu bertanya pula, “Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu?” Nabi SAW menjawab “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kedatangan hari Kiamat” (HR Bukhari)

Kebinasaan Umat Islam
Daripada Ummul Mukminin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAW), beliau berkata,”(Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, LAILAHAILLALLAH, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Yakjud dan Makjud seperti ini”, dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya “Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?” Lalu Nabi SAW bersabda “Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Punca Kebinasaan Seseorang
Dari Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan datang suatu zaman di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali apabila dia lari membawanya dari puncak bukit ke puncak bukit yang lain, dan dari suatu gua ke gua yang lain. Maka apabila zaman itu telah tiba, segala sumber pendapatan tidak dapat diperoleh kecuali dengan melaksanakan sesuatu yang menyebabkan kemurkaan Allah SWT. Apabila ini telah terjadi, maka kebinasaan seseorang adalah disebabkan memenuhi kehendak isteri dan anak-anaknya. Kalau dia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya disebabkan memenuhi kehendak kedua ibu bapanya. Dan jikalau ibu bapanya sudah tidak ada lagi, maka kebinasaannya disebabkan mengikuti kehendak keluarganya atau disebabkan mengikuti kehendak jiran tetangganya” Sahabat bertanya “Wahai Rasulullah SAW, apakah maksud perkataan engkau itu?” Nabi SAW menjawab “Mereka akan menghinanya dengan kesempitan hidupnya. Maka ketika itu sesungguhnya dia telah menceburkan dirinya ke jurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya” (HR Baihaqi)

Perselisihan Yang Banyak
Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. Beliau berkata “Telah menasihati kami Rasulullah SAW akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berikanlah pesanan kepada kami” Lalu baginda pun bersabda “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekali pun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Golongan Yang Selamat
Daripada ‘Auf bin Malik r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua akan masuk neraka. Sahabat bertanya “Golongan mana yang selamat?” Nabi SAW menjawab “Mereka adalah jemaah” (HR Ibnu Majah)

Orang Asing
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Bersabda Rasulullah SAW “Islam mula berkembang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing” (HR Muslim)

Kepayahan Orang Yang Beriman
Daripada Anas r.a. Berkata Rasulullah SAW bersabda ”Akan datang pada manusia suatu zaman di mana orang yang berpegang teguh di antara mereka kepada agamanya laksana orang yang memegang bara api. (HR Tarmizi)

Kesusahan Itu Lebih Baik Daripada Kesenangan
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. Dan tidak ada di badannya kecuali hanya selembar selendang yang bertampal dengan kulit. Tatkala Rasulullah SAW melihat kepadanya. Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya), dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekah). Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu hari nanti, pergi pada waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi pada waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan apabila diberikan satu hidangan, diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghiasi) rumah kamu sebagaimana kamu memasang kelambu Kaabah?” Maka jawab sahabat “Wahai Rasulullah, tentunya keadaan kami pada waktu itu lebih baik daripada keadaan kami pada hari ini. Kami akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada masalah ibadat sahaja dan tidak bersusah payah lagi untuk mencari rezeki” Lalu Nabi SAW bersabda “Tidak! Keadaan kamu hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu pada hari itu” (HR Tirmizi)

Golongan Yang Sentiasa Menang
Daripada Mughirah bin Syu’bah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Sentiasa di kalangan umatku ada golongan yang sentiasa menang (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah pada suatu waktu yang dikehendaki Allah SWT. Mereka senantiasa menang. (HR Bukhari

Minggu, 07 Agustus 2016

Tentang Pemimpin Bodoh


Salah satu tanda-tanda kiamat adalah diangkatnya orang bodoh dan keras kepala jadi pemimpin. Yaitu mereka yang tidak mau menerima nasihat, dan tidak mau mengambil petunjuk dari al-Qur'an dan Sunnah.

Jabir ibn Abdillah r.a.a meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. berkata kepada Ka'ab ibn 'Ajrah, "Semoga Allah melindunginya dari kepemimpinan orang bodoh, wahai Kaab. "Ka'ab lantas bertanya," Apakah yang dimaksudkan kepemimpinan orang-orang bodoh, wahai Rasulullah? "Nabi menjawab," Sepeninggalanku nanti, akan muncul para pemimpin yang tidak mengikuti petunjukku dan tidak pula mengambil sunnah-sunnahku. Barangsiapa membenarkan kedustaan ​​mereka serta menyokong kezaliman mereka, maka mereka itu bukan termasuk golonganku dan aku pun bukan bagian dari mereka. Mereka tidak akan dapat mendekati telagaku. Barangsiapa tidak membenarkan kedustaan ​​mereka dan tidak emndukung kezaliman mereka, maka mereka termasuk golonganku dan aku pun merupakan sebahagian dari mereka, dan mereka akan mendapat bahagian dari telagaku. Wahai Ka'ab ibn 'Ajrah, puasa adalah perisai, sedekah dapat menghapuskan kesalahan, dan solat merupakan kedekatan atau manual. Wahai Ka'ab ibn 'Ajrah, daging yang tumbuh dari barang haram tidak akan masuk syurga, dan neraka lebih utama untuknya. Wahai Ka'ab ibn 'Ajrah, manusia ada dua, ada yang menyerahkan jiwanya (kepada Allah) dan ada yang membiarkannya atau membinasakannya. "(HR. Ahmad dan Bazzar)

sumber eramuslim.com

Jumat, 03 Januari 2014

Hari yang Panjang di Masa Dajjal

Hari yang Panjang di Masa Dajjal

Dari beberapa hadis dapat di jelaskan bahawa dalam masa kehidupan dajjal nantinya ada tiga hari yang panjang seperti hadis berikut ini.

"Kami bertanya kepada Rasulullah: ' Wahai Rasulullah, berapa lama dia hidup dan tinggal di muka bumi? '. Beliau bersabda: ' Selama empat puluh hari. Sehari seperti satu tahun, sehari seperti laksana satu bulan, sehari seperti satu minggu, lalu seluruh hari harinya seperti hari hari kalian'. Kami kemudian bertanya kepada Rasulullah: ' Wahai Rasulullah, sehari yang seperti satu tahun itu, apakah kita cukup solat sehari saja? '. Jawab Rasul: ' Tidak, tapi ukurlah seperti hari hari biasa '" ( HR Muslim ).

Hadis tersebut sudah sedemikian jelasnya, hanya sebahagian mereka mereka menolak hadis tersebut kerana dianggap tidak masuk akal. Dalam masa hidup dajjal yang hanya 40 hari, ada tiga hari yang panjang, ada satu hari yang panjang seperti satu tahun, ada yang seperti satu bulan dan ada yang seperti satu minggu. Panjang di sini tentu panjang yang hakiki dan bukan panjang secara kiasan, apalagi mengingkari hadis tersebut.

Jika seandainya bukan secara lahiriah yang harus difahami, maka ertinya apa pertayaan sahabat tersebut? Bahawasanya pertayaan itu lahir atas keyakinan sahabat terhadap apa yang Rasulullah katakan. Jawapan beliau membuktikan bahawa memang secara lahiriahlah yang Allah maksudkan. Jika bukan, tentunya beliau tidak akan menjawab seperti itu dan pastinya akan menjelaskan kepada mereka bahawa pemahaman mereka salah.

Lantas, bagaimana satu contoh hari yang panjang seperti satu tahun? Mengenai hal ini ada dua kemungkinan. Pertama , matahari berjalan lambat sehingga untuk mencapai titik yang sama diperlukan waktu satu tahun. Kedua, matahari berhenti berputar mengelilingi bumi hingga berputar kembali setelah masa yang dijelaskan Rasulullah. Jika kita lihat hadis-hadis sahih, maka sepertinya kita tak akan menjumpainya. Sedangkan jika dilihat dari hadis hadis yang dhaif, maka matahari berhenti berputar. Terlepas dari semua itu, yang jelas Rasulullah memerintahkan kita agar solat disesuaikan.

Begitu juga terlepas dari itu semua, apakah matahari berhenti berputar atau matahari berjalan lambat? yang jelas itu semua jauh lebih dahsyat daripada sekadar matahari terbit dari barat. Oleh kerana itulah ada beberapa hadis sahih yang menjelaskan bahawa yang pertama kali terjadi dari sepuluh tanda kiamat besar adalah terbitnya matahari dari barat. Oleh kerana itu pula Rasulullah menjelaskan bahawa ada tiga hal yang apabila hal itu terjadi, maka tidak akan diterima orang yang baru beriman dan yang belum sempat mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Wallahu a'lam. 

*Diterjemahkan dari sumber islampos.com

Kamis, 02 Januari 2014

Runtuhnya Kaabah di Akhir Zaman

Banyak riwayat yang menguatkan tentang akan runtuhnya Kaabah di akhir zaman. Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu ' anhu bahawa Rasulullah shallallahu ' alaihi wa sallam bersabda: "Kaabah akan diruntuhkan oleh seorang yang berkaki bengkok berbangsa Habsyah."

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib ra, bahawa Rasulullah shallallahu ' alaihi wa sallam bersabda: "Perbanyaklah melakukan thawaf di Baitullah semampu kalian sebelum kalian dihalangi untuk melakukannya, seolah-olah aku melihatnya sedang melakukan hal tersebut. Tanda-tandanya: berkepala dan bertelinga kecil, dia menghancurkan Kaabah dengan beliungnya."

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiallahu ' anhu bahawa Rasulullah shallallahu ' alaihi wa sallam bersabda, "Tandanya orang tersebut berkulit hitam, kakinya bengkok, dia meruntuhkan batu dinding Kaabah satu per satu."

Diriwayatkan daripada Sa'id bin Sam'an ra, bahawa dia mendengar Abu Hurairah radhiallahu ' anhu bercerita kepada Abu Qatadah ra, bahawa sesungguhnya Rasulullah shallallahu ' alaihi wa sallam bersabda: "Seorang lelaki (Imam Mahdi) akan dibai ' at di antara sudut (tempat Hajar Aswad) dan Maqam Ibrahim dan Kaabah tidak akan dirosakkan kehormatannya melainkan oleh orang Arab sendiri, dan bila mereka telah merosakkan kehormatan Kaabah, maka itulah saatnya kehancuran bangsa Arab, kemudian datang orang-orang Habasyah meruntuhkan Kaabah yang selepas itu tidak pernah dibina kembali selama-lamanya dan merekalah yang menggali harta yang terpendam di dalamnya."

Hadis di atas tidak bertentangan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra, bahawa Nabi shallallahu ' alaihi wa sallam bersabda: "Sebuah pasukan hendak menyerang Kaabah, hingga ketika mereka berada di sebuah padang pasir, semua pasukan ditenggelamkan Allah Subhanahu wa Ta ' ala ke dalam bumi."

Ibnu Hajar dalam bukunya "Fath al-Bari" dalam bab: runtuhnya Kaabah, berkata: "Hadis-hadis di atas menjelaskan akan berlakunya serangan terhadap Kaabah. Penyerang pertama dimusnahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebelum mereka sampai ke Kaabah dan penyerangan kedua dibiarkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, sepertinya penyerang yang dimusnahkan berlaku lebih awal."

Dan jangan sampai timbul pertanyaan: Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menggagalkan serangan tentera bergajah terhadap Kaabah padahal saat itu Kaabah belum menjadi kiblatnya umat Islam, maka mana mungkin Allah Subhanahu wa Ta'ala membiarkan bangsa Habasyah memusnahkan setelah Kaabah menjadi kiblatnya umat Islam?

Soalan ini tidak akan muncul andai dijelaskan bahawa peristiwa runtuhnya Kaabah akan berlaku nanti di akhir zaman menjelang kiamat. Di waktu itu tidak ada seorang pun di permukaan bumi yang mengucapkan, "Allah ! Allah", seperti yang disebutkan dalam sahih Muslim: "Kiamat tidak akan terjadi hingga tidak ada lagi orang yang mengucapkan, "Allah ! Allah." [ Sumber : Sejarah Kota Mekah oleh Syaikh Syaifurrahman Mubarakfury]

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Rabu, 01 Januari 2014

Rahsia Disebalik Malaikat Mikail Tidak Pernah Ketawa

Rahsia Disebalik Malaikat Mikail Tidak Pernah Ketawa

https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/154820_430337710375885_1198092021_n.jpg

Diriwayatkan oleh Ahmad daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW menanya Jibril : "Kenapa saya tidak pernah melihat Malaikat Mikail ketawa ?"Jawab Jibril : "Mikail tidak pernah ketawa sejak Allah menjadikan Neraka"
*Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

Selasa, 17 Desember 2013

Akhir Zaman: Salji komponen Utama Dalam Pembentukan Sungai dan Tanaman

Beberapa hari kebelakangan ini, salji turun di Semenanjung Arab selepas dilanda Ribut Alexa. Imam Masjid Haram Syeikh Su'ud Syuraim berkata, terbukti bahawa Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam adalah benar-benar seorang Nabi dan Rasul yang menerima wahyu dari Allah.

Syeikh Syuraim menambah, salji merupakan komponen utama dalam pembentukan sungai dan tanaman. Turunnya salji di Semenanjung Arab membuktikan kebenaran dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.

Dalam sebuah hadis, Nabi berkata, "Hari Penghakiman baru akan tiba selepas negara Arab kembali ke ladang hijau dan sungai."

Syeikh Syuraim juga menyebutkan salji telah turun di wilayah Tabuk. Hal ini mengingatkan pada sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam kepada Muadh ketika terjadi Perang Tabuk, "Jika kau berumur panjang, engkau akan melihat tempat ini penuh dengan kebun.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Selasa, 10 Desember 2013

Akhir Zaman: Masa putaran bumi sudah berubah lebih cepat - NASA

Akhir Zaman: Masa putaran bumi sudah berubah lebih cepat - NASA

Orang tua kini ramai yang mengatakan bahawa waktu terasa berjalan semakin cepat. Dulu, kata mereka masa tidak secepat sekarang. Benarkah waktu semakin cepat? Atau hanya perasaan manusia sahaja hidup di dunia ini, sehingga tidak merasakan perjalanan waktu yang sebenarnya yang berterusan?

Tapi boleh jadi perasaan masa semakin cepat. Kata saintis NASA, masa putaran bumi sudah berubah lebih cepat pecahan ribu saat. Tepatnya 1.26 milisaat .

Namun jauh sebelum itu Rasulullah pernah bersabda :

" Hari Kiamat tidak akan berlaku kecuali kejadian berikut ini terjadi. Masa akan semakin singkat , di mana jarak akan semakin pendek dengan digunakannya kenderaan . " (Bukhari , Fitan.25 ; Ahmad ibn Hanbal , Musnad , 2 / 313) .

Dalam hadis lain disebutkan , Anas RA berkata , Rasulullah SAW bersabda , "Hari Kiamat tidak akan berlaku kecuali masa semakin singkat. Penyingkatan ini terjadi sedemikian cara seperti satu tahun yang berlalu seperti sebulan dan sebulan yang berlalu seperti seminggu dan seminggu berlalu seperti satu hari dan satu hari yang berlalu seperti satu jam dan satu jam yang berlalu seperti secepat kilat , " (Tirmidhi , Zuhd : 24 , 2333).

Cendekiawan Muslim Harun Yahya menerangkan, ketika ini waktu memang terasa berjalan lebih cepat.

"Petanda akhir zaman yang telah disebut Rasulullah SAW itu secara ilmiah telah terbukti. Masa semakin singkat" kata cendekiawan Islam tersebut.

Menurut Harun Yahya atau nama sebenarnya Adnan Oktar, di ruang di antara permukaan bumi dan ionosfera konduktif terdapat getaran alam. Kekerapan ini yang juga dikenali sebagai Denyutan Jantung Dunia disebut sebagai Resonans Schumann.

"Hal tersebut telah diramalkan secara matematik oleh ahli fizik Jerman Winfried R Schuman pada tahun 1952" .

Pada 1950 , Resonans Schumann diukur pada skala 7.8 hertz. Nilai ini dianggap malar. Memang sistem komunikasi global tentera ini ditubuhkan di atas kekerapan ini.

Namun pada 1980 an, berlaku perubahan tiba-tiba. Sebab, pada tahun itu Resonans Schumann diukur di atas 11 hertz.

"Laporan terbaru telah mendedahkan bahawa angka ini akan meningkat lagi. Perubahan dalam Resonans Schumann ; kekerapan menunjukkan mempercepat waktu " katanya lagi.

Dengan demikian, masa 24 jam terasa seperti 16 jam atau kurang. Ilmu pengetahuan tidak mampu menjelaskan mengapa angka ini mengalami kenaikan atau faktor yang menyebabkannya meningkat.

"Dengan masa semakin pendek, petanda akhir zaman yang dikatakan oleh Nabi SAW terbukti secara ilmiah ketika ini , " tambahnya.

Bumi semakin bersedia untuk hari kiamat dan oleh kehendak Allah petanda yang diisyaratkan terjadi secara berturut-turut.

*Diterjemahkan dari sumber islampos.com

Senin, 09 Desember 2013

Sifat api neraka dan ahlinya

Sifat api neraka dan ahlinya

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Api neraka telah dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga gelap bagaikan malam yang kelam."

Diriwayatkan bahawa Yazid bin Martsad selalu menangis sehingga tidak pernah kering air matanya dan ketika ditanya, maka dijawabnya: Andaikata Allah s.w.t. mengancam akan memanjarakan aku didalam bilik mandi selama seribu tahun. nescaya sudah selayaknya air mataku tidak berhenti maka bagaimana sedang kini telah mengancam akan memasukkan aku dalam api neraka yang telah dinyalakan selama tiga ribu tahu."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari mujahid berkata: "Sesungguhnya dijahannam ada beberapa perigi berisi ular-ular sebesar leher unta dan kala sebesar kaldai, maka larilah orang-orang ahli neraka keular itu, maka bila tersentuh oleh bibirnya langsung terkelupas rambut, kulit dan kuku dan mereka tidak dapat selamat dari gigitan itu kecuali jika lari kedalam neraka."

Abdullah bin Jubair meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bahawa didalam neraka ada ular-ular sebesar leher unta, jika menggigit maka rasa redih bisanya tetap terasa hingga empat puluh tahun. Juga didalam neraka ada kala sebesar kaldai, jika menggigit maka akan terasa pedih bisanya selama empat puluh tahun."

Al-a'masy dari Yasid bin Wahab dari Ibn Mas'ud berkata: "Sesungguhnya apimu ini sebahagian dari tujuh puluh bagian dari api neraka, dan andaikan tidak didinginkan dalam laut dua kali nescaya kamu tidak dapat mempergunakannya."

Mujahid berkata: "Sesungguhnya apimu ini berlindung kepada Allah s.w.t. dari neraka jahannam." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli neraka iaitu seorang yang berkasutkan dari api nerka, dan dapat mendidihkan otaknya, seolah-olah ditelinganya ada api, dan giginya berapi dan dibibirnya ada wap api, dan keluar ususnya dari bawah kakinya, bahkan ia merasa bahawa dialah yang terberat siksanya dari semua ahli neraka, padahal ia sangat ringan siksanya dari semua ahli neraka."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr r.a. berkata: "Orang-orang neraka memanggil Malaikat Malik tetapi tidak dijawab selama empat puluh tahun, kemudian dijawabnya: "Bahawa kamu tetap tinggal dalam neraka." Kemudian mereka berdoa (memanggil) Tuhan: "Ya Tuhan, keluarkanlah kami dari neraka ini, maka bila kami mengulangi perbuatan-perbuatan kami yang lalu itu bererti kami zalim." Maka tidak dijawab selama umur dunia ini dua kali, kemudian dijawab: "Hina dinalah kamu didalam neraka dan jangan berkata-kata."

Demi Allah setelah itu tidak ada yang dapat berkata-kata walau satu kalimah, sedang yang terdengar hanya nafas keluhan dan tangis rintihan yang suara mereka hampir menyamai suara himar (kaldai).

Jumat, 06 Desember 2013

Enam jenis fitnah Dajjal

Tidak ada keraguan bagi orang yang beriman terhadap segala berita yang datang dari Rasulullah Shallallahu ' alaihi wa sallam, masuk akal atau pun tidak. Kerana mereka menyakini bahawa segala yang diberitakan oleh Rasulullah Shallallahu ' alaihi wa sallam sepanjang riwayatnya sahih, merupakan wahyu dari Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dan segala perkara yang disebutkan oleh Rasulullah Shallallahu ' alaihi wa sallam yang berkaitan dengan Dajjal seperti sifat-sifatnya, kejadian-kejadian luar biasa yang berlaku, masa tinggalnya di atas dunia, para pengikutnya, tempat turunnya, siapa yang akan membunuhnya dan sebagainya. Bagi orang yang beriman bukanlah sebuah khurafat dan tahayul yang menjajah akal serta hati mereka.

Fitnah yang dilakukan Dajjal adalah banyak sekali di antaranya ialah:

1 . Bersamanya ada syurganya dan nerakanya .

Dari Hudzaifah radhiyallahu ' anhu, Rasulullah Shallallahu ' alaihi wa sallam berkata :

" Dajjal cacat matanya yang kiri, keriting rambutnya, bersamanya syurga dan nerakanya. Nerakanya adalah syurga dan syurganya adalah neraka . " ( HR. Muslim , no . 2934 )

2 . Membunuh satu jiwa kemudian menghidupkannya kembali .

Rasulullah Shallallahu ' alaihi wa sallam berkata :

" Keluarlah pada hari itu seorang yang terbaik atau di antara orang terbaik. Dia berkata : ' Aku bersaksi engkau adalah Dajjal yang telah disampaikan kepada kami oleh Rasulullah Shallallahu ' alaihi wa sallam. ' Dajjal berkata ( kepada pengikutnya ) : ' Apa pendapat kalian jika aku bunuh dia dan aku hidupkan kembali apakah kalian masih ragu kepadaku? ' Mereka berkata : ' Tidak. ' Maka Dajjal membunuhnya dan menghidupkannya kembali .... " ( HR. Muslim no . 2938 )

3 . Menggergaji seseorang kemudian membangkitkannya kembali . ( HR. Muslim , 2938 / 113 )

4 . Memerintahkan langit untuk menurunkan hujan lalu turunlah hujan.

Dari An - Nawwas bin Sam'an ra : Rasulullah Shallallahu ' alaihi wa sallam berkata :

" ... Dia datang kepada satu kaum mendakwahi mereka. Mereka pun beriman kepadanya  menerima dakwahnya. Maka Dajjal memerintahkan langit untuk hujan dan memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tanaman, maka turunlah hujan dan tumbuhlah tanaman .... " ( HR. Muslim no . 2937 )

Adapun kaum yang tidak beriman dan tidak menerima dakwah Dajjal, tidak ada sedikit harta pun tersisa pada mereka .

5 . Akan diikuti perbendaharaan harta.

Dalam hadits An - Nawwas bin Sam'an ra disebutkan , Rasulullah Shallallahu ' alaihi wa sallam berkata :

" ... Dia mendatangi reruntuhan dan berkata : ' Keluarkanlah perbendaharaanmu . ' Maka keluarlah perbendaharaannya mengikuti Dajjal seperti sekelompok lebah . " ( HR. Muslim no . 2937 )

6 . Bersamanya air , sungai , dan gunung roti , api , dan air .

Rasulullah Shallallahu ' alaihi wa sallam bersabda :

" ... Sesungguhnya bersama dia ada syurga dan nerakanya, sungai dan air, serta gunung roti. Sesungguhnya surganya Dajjal adalah neraka dan nerakanya Dajjal adalah syurga . " ( HR. Ahmad . Asy - Syaikh Al - Albani rahimahullahu berkata : sanadnya sahih . Lihat Qishshatu Masihid Dajjal )

Dari ' Uqbah bin ' Amr radhiyallahu ' anhu , dia berkata : Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ' alaihi wa sallam berkata tentang Dajjal :

" Sungguh Dajjal akan keluar dan bersamanya ada air dan api . Apa yang dilihat manusia air sebenarnya adalah api yang membakar. Apa yang dilihat manusia api sesungguhnya adalah air minum sejuk yang segar. Barangsiapa di antara kalian yang mendapatinya hendaknya memilih yang dilihatnya api, kerana itu adalah air segar yang baik . " ( HR. Muslim no . 2935 )

Jika seorang mukmin telah mengetahui dan beriman akan keluarnya Dajjal dengan membawa fitnah yang demikian dahsyat, hendaknya dia mengamalkan beberapa sebab untuk menjaga dirinya dari Dajjal dan fitnahnya .

*Diterjemahkan dari sumber facebook.com/SudahTahukahAnda

Kamis, 05 Desember 2013

Akhir Zaman: Pemergian orang-orang soleh

Akhir Zaman: Pemergian orang-orang soleh

Keadaan manusia pada zaman sekarang sudah ramai yang rosak, ibarat langit dan bumi jika kita bandingkan dengan keadaan manusia pada zaman sahabat Rasulullah Saw. Contohnya para sahabat adalah manusia yang paling giat beribadah, namun mereka masih takut ibadahnya tidak diterima oleh Allah swt. Sedangkan amalan kita sangat terhad, lebih banyak dosa dan maksiat. Namun ramai orang kita beramal sekadar beramal sahaja (tangkap muat).

Semakin mendekati hari kiamat, maka keadaan manusia semakin buruk, makin rosak dan semakin jauh dari petunjuk. Salah satu penyebabnya adalah kerana Allah swt telah banyak mencabut kehidupan orang-orang soleh di muka bumi ini. Banyak dari mereka sudah wafat kerana terbunuh oleh orang-orang kafir atau sebab lain.

Orang-orang soleh itu lebih banyak memilih jalan kesyahidan. Sebagaimana yang banyak kita saksikan pada kumpulan mujahidin di Iraq, Afghanistan, Palestin, Syria dan negera kaum Muslimin lainnya. Mereka sendiri adalah orang-orang yang rindukan perjumpaan dengan Allah dan Allah pun rindu berjumpa dengan mereka .

Di negera kita sudah banyak para ilmuan soleh satu persatu diambil oleh Rabb mereka. Banyak pengajian di pondok-pondok yang berubah haluan ketika alim ulamak, ustaz mereka sudah meninggal. Banyak organisasi-organisasi masyarakat Islam yang cenderung liberal ketika tokoh dan orang baik dari mereka pergi untuk selamanya. Bahkan, jika dilihat dalam komuniti yang lebih sempit juga tidak jarang kita saksikan anak-anak kepada ilmuan menjadi lia , maksiat , bahkan murtad setelah ayahnya meninggal.

Inilah keadaan pada akhir zaman nanti. Pemergian orang-orang soleh semakin bertambah, zaman kian rosak. Kezaliman berlaku dimana-mana sahaja dan kebodohan dengan cepat terseba . Rasulullah bersabda :

" Tidak akan tiba hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang baik dari penduduk bumi, sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang jelek , mereka tidak mengetahui yang baik dan tidak mengingkari yang mungkar . " (HR Ahmad)

Barangkali merupakan sebuah sunatullah Allah dengan keadaan zaman yang merosakkana. Allah mencabut nyawa orang-orang soleh terlebih dahulu. Wafatnya mereka adalah salah satu bentuk kasih sayang Allah untuk mempercepat perjumpaan mereka dengan zat yang paling dicintainya. Mereka sendiri semakin diringankan beban hidupnya kerana tidak lagi perlu menanggung beratnya zaman yang dihadapi.

Kamis, 28 November 2013

Rasulullah Bersabda, “Peperangan, Peperangan, Peperangan”

Dari Abu Hurairah Ra, Katanya Rasulullah Shallallahu ' Alaihi wa Sallam bersabda : " Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga harta benda melimpah ruah dan timbul banyak fitnah ( ujian , kesesatan, kekufuran, kegilaan, penderitaan, mushibah ) serta sering berlaku al - Harj ' , ". 

Sahabat bertanya , " Apakah al - Harj itu hai Rasulullah ? " Nabi Shallallahu ' Alaihi wa Sallam menjawab : " Peperangan, peperangan, peperangan . Beliau mengucapkannya tiga kali , " ( HR. Ibnu Majah ).

Realiti dunia hari ini membuktikan kebenaran sabda junjungan kita Nabi Shallallahu ' Alaihi wa Sallam. Harta-benda melimpah-ruah. Banyak alatan modem yang dihasilkan oleh teknologi Barat dan Timur sehingga bertambah banyak peralatan dan keperluan hidup.

Maka oleh kerana itu ramai orang berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan dan memperdagangkan alatan tersebut. Masing-masing tamak dan rakus, maka terjadilah perebutan yang mengakibatkan berlakunya peperangan demi peperangan.

Dari hari ke hari peperangan berlaku tanpa henti. Padam di suatu tempat, menyala pula di tempat lain. Satu sama lain saling cakar mencakar. Semakin maju teknologi, semakin terseksa manusia kerananya. Sebenarnya teknologi tidaklah bertentangan dengan Islam, tetapi teknologi itu mestilah patuh di bawah etika kemanusiaan yang didukung oleh Islam itu sendiri.

Sedangkan teknologi yang dikemukakan oleh dunia barat pada hari ini berdasarkan kepada kepentingan peribadi dan mengikut hawa nafsu yang rakus sehingga teknologi itu digunakan untuk menghancurkan nilai-nilai kemanusiaan itu sendiri. Kelihatannya begitulah keadaan yang akan berlaku dalam dunia hari ini dan sehingga sampai ke titik akhir iaitu kiamat.

*Diterjemah dari sumber islampos.com

Kamis, 31 Oktober 2013

Salam yang mendapat 30 pahala

Mafhum Hadis:

Sessiapa memberi salam dengan lafaz ” Assalamualaikum ” mendapat 10 Pahala, sesiapa memberi salam dengan lafaz ” Assalamualaikum  Warahmatullah “  mendapat 20 Pahala dan sesiapa memberi slam dengan lafaz ” Assalamualaikum  Warahmatullahi Wabarakatuh ” mendapat 30 Pahala.
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kepentingan Ucapan Salam.

Berkaitan kepentingan dan kelebihan ucapan salam, maka di sana terdapat beberapa Hadith yang menyebut secara jelas kelebihan memberi salam itu sendiri dan penulis nukilkan beberapa Hadith di sini.

Diriwayatkan di dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim, daripada Abdillah bin Amru bin Al-‘As R.A, sesungguhnya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W: “Bagaimanakah (amalan) Islam yang terbaik ? Maka Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu memberi makanan, dan mengucapkan salam kepada sesiapa yang kamu kenali dan tidak kenali”.

Diwayatkan di dalam Musnad Ad-Darimi dan di dalam Sunan Al-Tirmizhi dan Ibnu Majah, dan lain-lainnya dengan sanad yang baik, daripada Abdullah bin Salam R.A, beliau telah berkata: “Akutelah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Wahai sekelian manusia, sampaikanlah salam, berilah olehmu makanan, dan sambungkan silaturrahim, dan bersolatlah di waktu manusia sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga dengan penuh sejahtera”. Telah berkata Imam Al-Tirmizhi, hadith ini adalah shahih.

Diriwayatkan di dalam Kitab Ibnu Majah dan Ibnu Sunni, daripada Abi Umamah R.A, beliau telah berkata: “Nabi S.A.W telah memerintahkan kami agar menyebarkan (mengucapkan) salam”.

Diriwayatkan di dalam Shahih Muslim, daripada Abi Hurairah R.A , beliau telah berkata: “Nabi S.A.W telah bersabda: “Tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan tidak dikira beriman sehingga kamu saling mengasihi, seutama-utama sesuatu perkara yang aku lakukan maka kamu akan saling mengasihi, adalah kamu saling menyebarkan salam di antara kamu”.

*Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com / riadhulwardah.blogspot.com

Rabu, 30 Oktober 2013

Koleksi Hadis mengenai susu kambing/kambing

Koleksi Hadis mengenai susu kambing/kambing

1. Hadis dari Abu Ubaidah bin Atoq bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud "Kambing merupakan binatang yg penuh Baroqah  yg ditinggalkan orang soleh terdahulu".Oleh itu kita menghidupkan kembali Sunnah,disamping kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mendapat pahala(Insha Allah).

2. Abu Hurairah r.a menukilkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang menyentuh tentang kambing: “Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”. Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?” Jawab beliau “Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas beberapa bahagian penduduk Mekah”.

3. Sabda Rasullah s.a.w, "Peliharalah kambing kerana padanya terdapat keberkatan".

4. Nabi Muhammad S.A W bersabda bahawa "Hendaklah kamu berpegang kepada kambing (mengambil manfaat daripada kambing: iaitu daging, bulu, kulit dan susunya) kerana itu ialah kenderaan mu didalam syurga". Dalam sepotong hadis yang lain ada menyatakan Nabi Muhammad s.a.w sangat suka meminum susu kambing yang mentah (belum dimasak).

5.  Abu Hurairah juga meriwayatkan sabda Rasulullah “Asas kekufuran ada di arah matahari terbit, megah dan angkuh ada pada pemilik kuda dan unta, mereka yang bersuara nyaring (bising) ialah pemelihara haiwan berbulu (arnab, kucing) dan ketenangan itu ada pada gembala kambing”. [Hadis ini turut dinukilkan oleh al-Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta`].

6.  Abu Said al-Khudri mengata bahawa Rasulullah pernah bersabda “Akan tiba suatu masa di mana kambing merupakan sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana”. Malah menurut Abdullah bin Mas’ud semasa beliau bertugas sebagai gembala kambing milik Utbah bin Mu’aith, susu kambing segar merupakan minuman kegemaran Rasulullah dan beliau meminumnya secara langsung setelah diperah daripada kambing betina.

7. Abu Hurairah telah berkata, "Pada malam baginda diisrakkan, dihulurkan kepada Rasulullah SAW dua gelas minuman iaitu khamr (minuman keras) dan susu. Baginda pun melihat kedua-duanya lalu mengambil susu. Jibril berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan engkau kepada fitrah. Seandainya engkau mengambil khamr, nescaya binasalah umatmu.”
[Riwayat Imam al-Bukhari]

8. Abu Hurairah berkata, "Nabi SAW bersabda : Ketika aku diisrakkan, aku bertemu dengan Nabi Musa AS, baginda seorang lelaki yang tinggi kurus dengan rambut berombak seperti seorang Bani Syanu’ah. Aku juga bertemu dengan Nabi Isa AS, baginda kelihatan seperti lelaki biasa, berkulit merah, seakan-akan baru keluar dari pemandian. Aku bertemu dengan Nabi Ibrahim AS, akulah keturunannya yang paling mirip dengannya. Lalu aku diberi dua bejana, yang satu berisi susu dan yang lain berisi arak. Dikatakan padaku : Ambillah yang engkau suka. Aku mengambil susu dan meminumnya. Kemudian dikatakan : Engkau diberi petunjuk dengan fitrah atau engkau menepati fitrah. Seandainya engkau mengambil arak, nescaya sesat umatmu."
[Riwayat Imam Muslim]

*Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya Zadul-Ma'ad Fi Hadyi Khairil 'Ibad menyelit mafhum hadis di atas dalam keterangannya pada kelebihan susu kambing.

*Sumber dari muazzmarketing.blogspot.com