Dunia Islam
Wujud dari belahan bumi yang menyediakan banyak sekali pengetahuan tentang keislaman. semoga kita termasuk orang-orang yang dapat merasakan indahnya dunia islam.
Dr. Abdul Hamid Dayyat , dari Universiti Kaherah Mesir menjelaskan manfaat kesihatan yang diperolehi seseorang dari aktiviti pada waktu Subuh (fajar) dan mandi pada waktu subuh di antaranya adalah gas O3 (ozon). Pada waktu fajar kandungan gas O3 sangat banyak kemudian berkurang sedikit demi sedikit sehingga habis ketika matahari terbenam pada petang hari.
Gas O3 mempunyai pengaruh yang positif pada urat saraf, mengaktifkan kerja otak dan tulang. Ketika seseorang menghirup udara pada waktu subuh akan merasakan kenikmatan dan kesegaran tiada tara.
Ozon yang terdiri daripada tiga molekul oksigen, berupaya menghapuskan mikroorganisma dan digunakan secara komesial untuk membersihkan sumber bekalan air, menguraikan sisa toksik serta mengekalkan kesegaran makanan yang disimpan. Dalam rawatan pembersihan darah, ozon bertindak membunuh kuman, membantu membekalkan oksigen kepada tisu serta mengaktifkan sistem pertahanan tubuh.
Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.
Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.
Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.
Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.
Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.
Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.
Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.
Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.
Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'
Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.
Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!
Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.
Begitu dahsyatnya penciptaan bumi ini dan kita sebagai manusia tidak boleh berkata kecuali mengucapkan Subhanallah, yang telah menciptakan alam semesta ini beserta apa yang berada di atasnya sedemikian indah dan mempesona sehingga kita boleh menetap di atasnya dengan tenang dan damai.
Begitupun laut dan samudera yang luas mempunyai rahsia yang telah dibicarakan dalam al- Qur'an sejak 14 abad lalu. Jadi apa pendapat para ilmuwan setelah mereka berjaya menjalankan penyelidikan ilmiah ini ?
Ertinya: " Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam yang diliputi oleh ombak , yang di atasnya ada ombak , di atasnya ada awan. Gelap gelita tindih menindih. Apabila dia mengeluarkan tangannya tidaklah hampir dia melihatnya dan barang siapa yang tiada diberi oleh Allah cahaya maka tidaklah ada baginya sedikit cahaya pun " . Q.S. An - Nur; 24:40
PENJELASAN AYAT
Dalam ayat ini, Allah SWT berbicara kepada kita sikap dan pengingkaran orang-orang kafir terhadap ayat-ayat Allah dan perjumpaannya pada hari Kiamat nanti serta pembangkangan mereka terhadap rasul-Nya. Perbuatan yang mereka lakukan di dunia ini diibaratkan mengejar sesuatu yang bersifat fatamorgana dengan termengah-mengah di belakangnya.
Jika mereka tidak berjaya mencapai tempat yang dituju itu, mereka tidak akan mendapatkan apa-apa dan mereka merasa apa yang mereka lakukan adalah sia-sia. Perumpamaan orang kafir ini diibaratkan seperti manusia hidup dalam kegelapan laut yang dalam dan hampir-hampir tidak melihat sesuatu kerana gelap gelita.
Imam Al- Qurthubi, seorang ulama tafsir terkenal berkata: (di samudera yang dalam ) yang tidak terjangkau dasarnya yang diliputi oleh ombak , yang di atasnya yakni di atas ombak itu, ada lagi ombak yang lain sehingga ombak berlapis-lapis dan di atasnya yakni di atas ombak yang berlapis itu ada lagi awan gelap yang menutupi cahaya yang menyinari langit. Demikianlah, seperti apa yang dikatakan ahli saintis kini.
FAKTA ILMIAH
Ketika para ilmuan mengharungi samudera yang dalam mereka mendapati bahawa dalam laut yang sangat dalam itu diliputi oleh kegelapan dan tahap kegelapanya menghalang manusia untuk melihat sesuatu. Kegelapan ini semakin menjadi-jadi jika ombak dan gelombang datang bertubi-tubi apalagi jika awan tebal dan hitam menyelimuti angkasa.
Sebagaimana juga mereka mendapati bahawa di dalam laut yang sangat dalam itu terdapat ombak yang berlapis-lapis dan tidak mungkin seseorang melihatnya kecuali dia menyelam sehingga 100m kedalaman laut. Ombak yang terdapat dalam lautan ini lebih besar dari ombak yang terdapat di atas permukaan. Subhanallah ...
ILMIAH MUKJIZAT AL -QUR'AN
Dalam ayat ini terdapat dua penemuan saintifik yang sesuai dengan ayat Al-Quran surat An- Nur; 24:40 , iaitu :
1 . Tentang gelapnya laut yang dalam yang baru ditemui oleh para ilmuwan baru -baru ini
2. Terdapat ombak dan gelombang dalam laut itu secara berlapis/menimbun.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com judul artikel Subhanallah, Lihatlah Allah Ciptakan Kegelapan Laut.